don't envy me,      

:DFriday, January 26, 2007

Aksara & Seminar

Pada dua hari Sabtu yang lalu, kami sekelas telah menghadiri sebuah bengkel bernama “Aksara”. Ia diadakan di Pepustakaan Nasional dan dijalankan oleh anggota-anggota Mediterranean Visual Arts Club atau MVAC.


Image Hosted by ImageShack.us
(Sebelum kami memasuki perpustakaan tersebut, kami telah dimarahi kerana telah melompat di luar perpustakaan tanpa izin!)

Bahagian pertama bengkel itu agak panjang dan cara pembentangan membosankan. Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, isi kandungan pembentangan agak menarik juga. Kami telah diberitahu tentang jenis-jenis tulisan dahulu seperti Pallava, Kawi, dan yang paling terkenal, Jawi. Jawi mengandungi ciri-ciri tulisan Arab tetapi Jawi memiliki beberapa huruf tambahan seperti “Pa” dan “Ga” dan kita tidak perlu letakkan baris di atas huruf-huruf.

Sekarang, saya tahu ada beberapa gaya untuk menulis Jawi. Antaranya adalah naskh, kufic dan diwani!


Image Hosted by ImageShack.us

diwani!

Image Hosted by ImageShack.us


Setiap gaya tulisan memiliki ciri-ciri tersendiri. Misalnya, tulisan ta’liq seperti tergantung dan Thuluth selalunya lawa tetapi susah dibaca kerana terbelit-belit. Sebab itu, Thuluth selalu digunakan sebagai hiasan seperti lukisan.


Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
thuluth!



Setelah diberitahu lebih tentang gaya tersebut, kami dikehendaki cuba menulis nama kami sendiri dalam Jawi! Pada pendapat saya, ini bahagian yang paling seronok. Kami diberi dua pensel yang telah dilekatkan bersama. Pada mulanya, saya tidak dapat menulis nama saya! Kami semua menggaru-garu kepala kerana tidak tahu bagaimana hendak menggunakan pensel-pensel tersebut. Namun selepas kami semua diajar lagi, kami berjaya!

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Bahagian kemudiannya tidak semenarik aktiviti menulis jawi. Seorang pembentang hanya mengajar kita bagaimana untuk menggunakan program Adobe Photoshop. Pada pendapat saya, segmen itu sungguh membosankan dan membuang masa.

Image Hosted by ImageShack.us



Namun, selain itu saya rasa bengkel itu agak seronok. Pada firasat saya, konsep menggabungkan “calligraphy” dan “grafitti” amat berkesan. Ia dapat mengekalkan budaya dan tulisan zaman dahulu dengan menyelitkan unsur-unsur zaman moden supaya generasi lama dan muda keduanya dapat menikmati seni ini. (:



Pada 20 hari bulan Januari pula, kami telah menghadiri seminar tentang masyarakat Champa di Vietnam yang diadakan di Perpustakaan Nasional juga. Pada mulanya, saya berasa agak ghairah kerana saya berfikir bahawa mungkin seminar ini menarik seperti minggu lepas tetapi realitinya, ia lebih membosankan. Saya cuba memahami apa yang sedang dikatakan penceramah tetapi saya tidak boleh faham langsung! Saya hanya mengambil sedikit nota dari pembentangannya (powerpoint). Beliau berbicara lebih banyak tentang aspek senibina Masyarakat Champa – seperti bagaimana unsur-unsur “Han Chinese” telah mempengaruhi bentuk “ended-tiles” atau genting-genting di Vietnam. Beliau juga telah memberi pelbagai contoh kuil, menara dan patung yang masyarakat telah membina atau mengguna. Misalnya, Kuil Siva Chien Dan, Patung Yang Inu Po Naga dan Patung Gangsa Boddhisattva.






















Informasi beliau kebanyakan berkaitan dengan Buddhisma. Islam hanya telah datang kepada masyarakat Champa lewat lagi. Juga ada bukti bahawa masyarakat Champa telah menggunakan Bahasa Melayu. Terdapat beberapa tulisan Bahasa Cham yang terukir di batu. Tulisan ini menunjukkan bahawa Bahasa Cham sebenarnya berasal dari Bahasa Melayu.

Tuntasnya, walaupun seminar itu sungguh membosankan, saya tetap dapat mempelajari sedikit tentang masyarakat Champa. Kesimpulannya, saya rasa dengan menghadiri seminar-seminar atau bengkel-bengkel seperti begini, kita akan dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Tambahan lagi, pada pendapat pengalaman ini sangat menyeronokkan, apa lagi jika menghadiri dengan rakan-rakan(:






















( 3:18 AM )

i am

NADHIRAH ALWI
TA 1E'06
TA 2D'07

saya tahu

AIDA
WARDA
IZYAN

saya mahu

mendapatkan A untuk peperiksaan O!! :P

i speak

i thank

Brushes: ##