don't envy me,      

:DSunday, December 31, 2006

Muzikal Puteri Gunung Ledang


Sebelum menonton muzikal Puteri Gunung Ledang, saya tidak begitu minat dengan sejarah Melayu. Pada mulanya, saya berpendapat bahawa ia sekumpulan cerita dongeng yang direka hanya untuk hiburan serta menghabiskan masa lapang. Contohnya, kisah Hang Tuah dan Keris Taming Sari. Susah untuk saya percaya bahawa Hang Tuah telah melawan Taming Sari selama 7 hari! Pada pendapat saya dahulu, Hang Tuah seperti pahlawan yang hanya wujud dalam cerita-cerita dongeng – sama seperti Power Rangers yang kita tonton di kaca televisyen zaman sekarang.


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us


(sebelum menonton muzikal)


Jadi, saya fikir muzikal Puteri Gunung Ledang hanya memiliki suatu hubungan dengan sejarah Melayu -- iaitu kewujudan kerajaan Melaka dan Majapahit. Yang lain, saya fikir direka atau dicipta. Dengan terus terang, saya berpendapat saya akan rasa bosan semasa menonton muzikal tersebut.

Namun, ketika menontonnya, saya sedar ia tidak membosankan langsung! Tambahan lagi, apabila masa rehat tiba, saya sedar senyuman lebar telah terukir di bibir -- dan bukan saya sahaja yang berasa ghairah! Rakan-rakan saya semua berasa sedemikian. Kami semua tidak sabar untuk memasuki teater lagi untuk menyaksikan bahagian keduanya (:

Image Hosted by ImageShack.us


Selepas menyaksikan muzikal itu, pendapat saya terhadap Hang Tuah dan sejarah Melayu sudah berubah. Saya sedar bahawa kisah-kisah seperti Puteri Gunung Ledang mengandungi banyak unsur sejarah juga. Misalnya, Hang Tuah bukan seperti pewira ciptaan biasa; wataknya memberitahu kita lebih tentang zaman dahulu. Dari muzikal itu, saya dapat bahawa kesetiaan kepada Sultan amat penting dahulu. Rakyat-rakyat Melaka semua menghormati serta mentaati kemahuannya -- Hang Tuah juga sanggup korbankan cintanya kerana mahu mengikut perintah Sultan. Walau bagaimanapun, mereka juga takut padanya kerana orang Melayu dahulu percaya bahawa keturunan Sultan memiliki kuasa ajaib, seperti di dalam muzikal tersebut, Sultan telah menyumpah Gusti Puteri.

Selain itu, ada juga unsur-unsur sejarah yang lain yang terselit. Dahulu puteri-puteri suatu kerajaan akan sering dihadiahkan kepada kerajaan lain untuk mengeratkan hubungan atau mendapatkan sesuatu. Contohnya, Gusti Puteri Retno Dumilah telah diberi kepada Sultan Melaka kerana kerajaan Majapahit ingin perlindungan dari tentera Demak.

Tambahan lagi, saya sedar bahawa ada banyak pengajaran yang boleh didapati dari kisah ini. Contohnya, kadang-kala kita harus mengikut kata hati serta mengejar impian kita dan jangan melakukan apa yang kita rasa tidak betul. Demi cinta, Gusti Puteri membuat cadangan sendiri untuk pergi dari Majapahit dan menanti kekasihnya di Gunung Ledang. Selepas itu, beliau tetap berdiri tegak dan sanggup menerima sumpah Sultan, walaupun ia bermakna beliau tidak akan dapat bertemu dengan Hang Tuah lagi. Pada pendapat saya, ia menunjukkan Gusti Puteri bersikap berani menerima akibat cadangannya untuk menolak pinangan Sultan. Saya menngaguminya dan pada firasat saya, mungkin ia memang lebih baik jika seseorang dapat merasakan kegagalan cinta daripada tidak merasakan cinta langsung; seperti kisah Puteri Gunung Ledang.

Akhirkata, bahasa yang digunakan indah serta berbunga dan senikata lagu-lagunya juga dapat menyentuh jiwa. Saya amat gemar muzikal ini, dan saya harap saya akan dapat peluang untuk menyaksikannya lagi pada masa hadapan!



Image Hosted by ImageShack.us


Telah terhurai peristiwa
Cinta teragung di puncaknya
Ledang telah menjadi saksi
Percintaan sejati
Laksmana dan Puteri
Keduanya abadi


- Puteri Gunung Ledang :D


Image Hosted by ImageShack.us


dan akhir sekali..


Image Hosted by ImageShack.us


(saya amat suka gambar ini walaupun ia bukan original dan sebenarnya telah diubah oleh izyan :D )




( 11:09 PM )

i am

NADHIRAH ALWI
TA 1E'06
TA 2D'07

saya tahu

AIDA
WARDA
IZYAN

saya mahu

mendapatkan A untuk peperiksaan O!! :P

i speak

i thank

Brushes: ##