Tuliskan renungan tentang pertandingan bola sepak piala dunia
Pertandingan bola sepak piala dunia baru sahaja tamat pada pukul lima pagi tadi. Juaranya pasukan Italy! :) Pasukan Italy merupakan antara pasukan yang saya menyokong, bersama Portugal dan Argentina. Mereka bukan sahaja bermain dengan baik, tetapi pemain-pemainnya semua kacak dan tampan. Contohnya, Cristiano Ronaldo dan Materazzi. Sedihnya, Argentina dan Portugal tidak dapat ke peringkat akhir. Walau bagaimanapun, amat mengejutkan pertandingan piala dunia pada tahun ini jika dibezakan dengan tahun-tahun lain. Bukankah ia sungguh aneh bahawa pasukan yang dianggap akan menang, pada tahun ini, kalah? Brazil, pasukan yang mungkin paling popular, tidak dapat masuk ke peringat terakhir pun. Ramai orang juga telah bertaruh bahawa kumpulan Percancis akan menang. Akhirnya, Italy telah mencapai kejayaan. Sungguh pelik musim ini.
Perkara yang pasti dalam minda semua penonton pertandingan bola sepak piala dunia adalah kejadian yang berlaku antara Zidane dan Materazzi. Sungguh mengejutkan apabila Zidane tiba-tiba melanggar dada Materazzi dengan sengaja. Beliau terus diberi kad merah dan terpaksa dikeluarkan. Soalaan terutamanya; mengapakah beliau berkelakuan demikian? Ada yang berpendapat Materazzi telah melakukan sesuatu untuk mengakibat Zidane naik darah. Pemain matang dan berpengalaman, tidak mungkin Zidane melakukan perbuatan itu sesuka hati.
Kesimpulannya, sungguh banyak kejadian menarik yang berlaku musim ini. Amat ghairah semua pertandingan. Kesemua pasukan harus diucapkan tahniah kerana telah bermain dengan bersungguh-sungguhnya. Sungguh puas dan gembira saya.