don't envy me,      

:DSunday, June 25, 2006

PERAYAAN-PERAYAAN AFRIKA

PERAYAAN HOMOWO

Salah satu perayaan yang disambut di Afrika adalah Perayaan Homowo. Perayaan ini diadakan di desa-desa yang terletak di Accra Plains. Penghuni-penghuni desa-desa ini dipanggil orang Ga. Dalam bahasa Afrika, perkataan “Homowo” bermaksud “mengejek kelaparan”.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Sedikit tentang orang Ga:

Mereka merupakan satu kumpulan orang asli dari Ghana. Mereka memiliki bahasa atau logat yang hampir sama dengan orang Dangme – satu lagi golongan orang asli Ghana. Terdapat kira-kira 600 000 orang Ga, iaitu 3% dari jumlah penduduk Ghana. Kebanyakan orang Ga tinggal di kawasan selatan Accra.

Orang Ga amat suka dengan muzik dan tarian, sama seperti ramai penduduk Ghana yang lain.


Cerita belakang perayaan ini seperti berikut. Dahulu, kawasan selatan Accra Plains dilanda musim kemarau yang amat teruk sekali. Kemarau tersebut merampas banyak nyawa. Setelah musim kemarau berlalu, orang Ga berasa amat gembira dan bersyukur kerana bekal makanan sudah mencukupi. Mereka menyambut kegembiraan mereka dengan mengadakan satu perayaan untuk “mengejek” musim kemarau dan kelaparan. Perayaan ini dipanggil Perayaan Homowo.


Walaupun perayaan sebenarnya diraikan pada bulan Ogos, persiapan sudah bermula dari bulan Mei lagi. Berbagai tanaman ditanam pada bulan Mei hingga ke Ogos, sebelum ketibaan musim hujan. Di dalam bulan Jun pula, seluruh kawasan perkampungan dilarang membuat bising, dan mereka dibenarkan memancing hanya pada hari-hari tertentu. Pada awal bulan Ogos, perayaan akan bermula dengan Perayaan Yam, iaitu perayaan untuk memuliakan mambang-mambang. Orang Ga percaya bahawa mambang-mambang tersebut sentiasa melindungi mereka.

Salah satu tradisi ialah mereka dikehendaki pulang ke rumah bapa mereka untuk Perayaan Homowo ini. Perayaan tersebut akan dimulakan betul-betul setelah orang Ga yang tinggal di luar kawasan Accra Plains tiba di kampong. Beribu orang Ga datang dari dekat dan jauh.


Paderi-paderi orang Ga akan menentukan hari Homowo betul selepas mereka berunding dengan “Lagoon Oracles” atau terjemahan langsung, “Ramalan Danau Pinggir Laut”. Pada hari Khamis sebelum perayaan betul, ramai orang datang dengan membawa hasil pertanian mereka. Orang-orang in digelar “Orang Khamis”, atau “Soobii”. Soobii, besama orang-orang tempatan “parade” di jalan raya sepanjang hari dan malam. Ia dikatakan, inilah masa untuk berkenal-kenalan antara golongan lelaki dan perempuan.

Pada fajar hari Jumaat, kenduri diadakan untuk memuliakan pula orang yang telah meninggal dunia pada tahun lalu. Seluruh kampung dipenuhi tangisan ahli-ahli keluarga.

Pada lewat pagi nanti pula, satu perayaan akan dianjurkan untuk semua kembar, kerana kembar dianggap sebuah rahmat yang sangat istimewa buat orang Ga. Perayaan ini berterusan hingga hari Sabtu, hari Perayaan Homowo yang betul.

Makanan istimewa buat perayaan ini akan disediakan, iaitu kpekpele. Kpekpele dibuat dari jagung dan ia dimakan dengan sup kelapa sawit dan ikan. Kpekpele itu pula akan ditaburkan ke tempat-tempat tertentu sebagai pemberian kepada tuhan-tuhan mereka.

Kemudian, mereka akan mula berjoget di jalan raya. Orang asing atau pelancong digalak melawat rumah mereka. Mereka memaksa tetamu kongsi makanan tradisional.

Perayaan ini akan berterusan seluruh Sabtu malam, kadang-kadang hingga pagi hari keesokannya --- iaitu permulaan Tahun Baru Ga. Pada hari Ahad itu, segala persiapan akan bemula dari pangkal bagi tahun yang akan datang.

Pada pendapat saya, perayaan ini sungguh unik, kerana ia tidak seperti pesta lain. Mereka harus membuat persiapan hampir satu tahun sebelum perayaan sebenarnya dan cara ia dilaksanakan agak menarik.



PENYEBERANGAN LEMBU-LEMBU


Sedikit tentang Mali dan orang Fulani dahulu:

Mali adalah sebuah negara di kawasan barat Afrika. Ia merupakan salah satu negara yang terbesar antara negara-negara terletak di Afrika Barat. Namanya sebelum itu Sudan Perancis atau “French Sudan” dalam bahasa Inggeris, dan Mali diberi nama sempena Kerajaan Mali.

Orang Fulani dari Afrika Barat merupakan kumpulan nomad yang paling besar di dunia. Kumpulan nomad tersebut mempunyai ramai orang dari berbagai latar belakang. Ada yang berasal dari kumpulan nomad lain, tetapi mereka menjadi orang Fulani sejak penyebaran Islam bermula. Orang Fulani dikenali sebagai kumpulan yang bangga atau megah kerana ketika melaksanakan misi menyebarkan Islam, mereka dapat menakluk banyak kawasan di Afrika Barat.

Kebanyakan dari orang Fulani merupakan penjaga lembu dan pendagang. Mereka menganggap lembu ternakan sebagai harta benda yang paling penting dan berharga. Jumlah lembu seseorang itu miliki menunjukkan kekayaannya. Terdapat juga banyak pantang-larang yang berkaitan dengan lembu. Tidak mengejutkan jika perayaan “Penyeberangan Lembu-lembu” dianggap suatu acara yang penting.

Image Hosted by ImageShack.us

Penyeberangan Lembu-lembu, atau dalam istilah inggerisnya, “The Cattle Crossing” merupakan acara penting di Diafarabe. Setiap bulan Disember, penjaga lembu membawa lembu dari ladang ke sebatang sungai di Diafarabe. Di sini, semua orang menyeberang sungai tersebut untuk bertemu dengan keluarga mereka yang sedang menunggu di seberang sungai itu. Hanya untuk beberapa hari sahaja penjaga-penjaga lembu ini dapat bersama dengan dengan keluarga mereka, sebelum mereka bertolak untuk mencari padang-padang rumput ternakan yang baru. Objektif perayaan ini adalah untuk meraikan kepulangan pemuda-pemuda dan lembu-lembu yang mereka telah menjaga selama ini. Gadis-gadis juga menantikan perayaan ini untuk bertemu lagi dengan teman-teman lelaki mereka


Hari pertama perayaan ini dipanggil Promenade des Jeunes. Pada hari in, bujang dan anak dara memakai baju-baju yang cantik untuk memikat antara satu sama lain. Peraduan juga diadakan; penjaga lembu yang memiliki lembu-lembu yang paling gemuk dan sihat akan menang hadiah-hadiah istimewa.

Bagi penjaga-penjaga lembu yang masih muda lagi, acara tersebut merupakan pengalaman yang menggementarkan. Kata Amadou Barry, 18 tahun :

“Apabila lembu-lembu tiba, mereka diarahkan ke sebuah tempat yang luas di hujung kampung di mana pengadil-pengadil akan berbincang tentang lembu-lembu kepunyaan siapa yang paling gemuk dan sihat. Masyarakat akan memberi pemenangnya hadiah-hadiah seperti selimut istimewa, jubah dan lain-lain lagi. Pengadil akan membuat keputusan dengan bantuan seorang doktor binatang. Penjaga lembu yang mempunyai lembu-lembu yang paling kurus atau kurang sihat akan diberi sebiji kacang. Menerima kacang merupakan perkara yang amat memalukan. Tahun lalu, pemuda yang telah diberi kacang telah pun pulang tahun ini dengan lembu-lembu yang sungguh gemuk sekali. Rakyat-rakyat kampung tidak mengadu dan mengejeknya seperti tahun lalu, malah mereka mengucapkan tahniah.”

Image Hosted by ImageShack.us

Pada pendapat saya, perayaan ini juga sebuah perayaan yang unik. Saya pasti ini adalah acara yang dinanti-nantikan ramai orang Fulani, kerana pada masa in sahajalah mereka dapat bertemu dengan anak-anak dan teman-teman lelaki serta suami mereka. Saya agak bersimpati, kerana tentu penggembala lembu tersebut rindu dengan keluarga mereka, tetapi mereka sanggup berkorban untuk mereka.


Pada firasat saya, saya juga boleh lihat dengan lebih jelas lagi perbezaan-perbezaan perayaan Afrika dengan perayaan negara-negara lain. Cara mereka menyediakan, melaksnakan dan meraikan perayaan-perayaan tersebut semua berbeza. Kesimpulannya, semua perayaan tentu berbeza, tetapi mereka mempunyai satu kesamaan iaitu : perayaan atau pesta tetap akan dinanti-nantikan oleh masyakarakat tersebut di mana sahaja.


( 1:49 AM )

i am

NADHIRAH ALWI
TA 1E'06
TA 2D'07

saya tahu

AIDA
WARDA
IZYAN

saya mahu

mendapatkan A untuk peperiksaan O!! :P

i speak

i thank

Brushes: ##