don't envy me,      

:DThursday, March 23, 2006

Untuk kelas bahasa Melayu pada minggu ini, kita dikehendaki menulis pandangan kita terhadap kisah Nonoi. Inilah pandangan saya.


Pengajaran Sebalik Tragedi


Peristiwa pembunuhan Nonoi amat mengejutkan. Pada pendapat saya, ia merupakan salah suatu tragedi yang bukan sahaja menghampakan keluarganya, tetapi yang juga menyebabkan para pembaca menitiskan air mata. Begitulah sedih kisah Nonoi, hingga setiap individu yang membaca kisahnya, pasti tertimbul sebuah kesan pada dirinya.


Apabila keluar di akhbar bahawa bapa tirinya telah diberkas kerana telah mengaku bersalah, saya turut terperanjat. Fikiran pertama saya adalah bahawa beliau seorang pembunuh berdarah dingin! Sanggup dia membunuh anak tirinya sendiri? Jenis manusia apa ini? Namun, selepas berfikir dengan lebih dalam, saya sedar bahawa beliau pasti ada alasannya sendiri, dan kita hanya sebagai pembaca tidak berada dalam posisi untuk menuding jari atau menghukumnya begitu sahaja. Sekarang, nasibnya bukan sahaja di tangan makhamah, tetapi juga di tangan tuhan.


Tragedi ini juga mencerminkan beberapa masalah yang terdapat di masyarakat Melayu di Singapura sekarang. Contohnya, semakin ramai pemuda dan pemudi berkahwin sebelum mereka berusia 20 tahun. Ini juga menimbulkan masalah-masalah yang lain, apa lagi jika mereka pilih untuk berumah-tangga. Akibat berusia muda, pengalaman mereka kurang dan jawatan yang dipegang mungkin tidak boleh membimbing keluarga mereka. Tambahan lagi jika kekurangan wang, bukan sahaja ibubapa yang menderita tetapi juga anak mereka, yang tidak langsung bersalah.


Hampir sama dengan kisah Nonoi. Ibunya telah menghamilkannya ketika di dalam penjara, dan kemudian menikah bapanya. Tidak lama kemudian, mereka bercerai dan ibu Nonoi kahwin lagi. Mungkin ini tidak adil kepada Nonoi, kerana dia masih kecil dan keluarganya berpecah-belah. Walau bagaimanapun, datuk dan nenek tirinya amat menyayanginya, jadi ini bukan masalah bagi Nonoi. Entah kenapa bapa tirinya membunuhnya; seperti saya sudah berkata tadi, tujuannya tidak jelas. Yang jelas, Nonoi telah menderita, budak hanya berusia dua tahun, yang tidak bersalah.


Kesimpulannya, ada beberapa pengajaran yang boleh kita mempelajari. Jika hidup seseorang itu menderita, jangan sampai melibatkan yang tidak bersalah, apa lagi budak kecil. Akhirnya, kita harus percaya kepada takdir, dan ia sudah ditakdirkan bahawa Nonoi kembali ke rahmatullah.


( 4:13 PM )

i am

NADHIRAH ALWI
TA 1E'06
TA 2D'07

saya tahu

AIDA
WARDA
IZYAN

saya mahu

mendapatkan A untuk peperiksaan O!! :P

i speak

i thank

Brushes: ##