don't envy me,      

:DThursday, March 16, 2006

sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini, mahupun di blog inggeris saya. Saya amat sibuk, walaupun ia sedang waktu cuti sekolah. Setiap hari, pasti ada suatu rencana yang memaksa saya pergi ke sekolah. Jika bukan ke sekolah, tetap ada aktiviti yang juga berkaitan dengan sekolah. Adakah ini namanya CUTI SEKOLAH? Waktu cuti sekolah... bukankah ia waktu diberi buat kita untuk rehat dan menolak apa sahaja yang berkena-mengena dengan sekolah? bukankah ia waktu buat kita ke pantai untuk bermandi-manda bersama saudara-mara dan melancong ke negeri untuk menyaksikan menara seperti Eiffel Tower di Perancis, atau Sphinx di Mesir? Ya, bagi murid-murid tertentu, ini cara mereka bercuti. Namun, amat berbeza dengan diri saya. Saya fikir itu semua dalam khayalan... mimpi yang tidak mungkin jadi realiti... haha . (mimpi saje la nadhirah, takde orang halang..)

Sudah. Cukup. Tiada hasil jika sering mengadu sahaja. Jadi, sekarang saya akan mengimbas kembali kejadian yang telah terjadi pada dua minggu lalu ini:

MINGGU LEPAS (minggu 10)

minggu lepas merupai minggu terakhir sebelum cuti sekolah. Sepanjang minggu itu dan minggu kesebelumnya, kita telah menghadiri kursus elektif masing-masing. Elektif saya "Media Matrix" atau MM.

Lebih tentang MM: elektif ini mengajar kita dengan lebih mendalam tentang suratkhabar, iklan, rancangan televisyen serta mesej sebalik iklan atau rancangan tersebut. Informasinya agak menarik, tetapi cara cikgu kami mengajar membosankan sedikit.. Namanya Encik Veera. Saya rasa, dia orang yang baik, cuma pelik sedikit. Contohnya, dia setiap hari minum minuman Coca Cola. Memang ia bukan perkara salah, tetapi cuma aneh sedikit, bukan? SETIAP HARI. Ada juga beberapa perkara lain yang menunjukkan keanehannya, tetapi saya rasa saya tidak sepatut banyak mengumpat :). berdosa tau. taubat sekarang nadhirah.

baiklah. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. hee.

sekarang, kejadian MINGGU INI:

pada mula cuti sekolah ini (Sabtu dan Ahad), saya telah ke melaka. di sana saya bertemu dengan semua sepupu saya; ada yang saya tidak pernah jumpa pun. Tujuan kita ke Melaka ialah untuk bertemu dengan mereka dan berkenalan jika belum kenal lagi. Walaupun keluarga saya tinggal hanya satu malam di hotel itu, kami masih sempat berkenalan juga.

Sepanjang minggu itu pula, saya ada latihan hoki. Hari Isnin hingga ke Khamis dan juga Sabtu; hanya Jumaat dan Ahad sahaja saya dapat berehat. Saya rasa, ada baik dan buruknya. Baiknya, saya telah mendapat STIK HOKI saya. amat lawa dan "style"! Namun, buruknya oula, setiap hari saya terlalu penat untu ulangkaji. Sedih ya?

Dan begitulah saya melaksanakan waktu cuti sekolah Mac. Dua hari lagi, bukalah sekolah. Ia tidak rasa seperti cuti sekolah. Pendek sangat. :P


( 3:22 AM )

i am

NADHIRAH ALWI
TA 1E'06
TA 2D'07

saya tahu

AIDA
WARDA
IZYAN

saya mahu

mendapatkan A untuk peperiksaan O!! :P

i speak

i thank

Brushes: ##